The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Ulasan Perlawanan LS6 : Terengganu FC vs Selangor FC

Apr 23, 2022 - FAS

Pasukan akan bangkit untuk perlawanan seterusnya menentang Sri Pahang FC selepas terpaksa pulang dengan tangan kosong dalam aksi di Terengganu semalam. 

Walau Bagaimanapun, Ketua Jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner akur dan menerima kekalahan tersebut tetapi beliau juga mahu terus mempertahankan anak-anak buahnya yang telah memberikan persembahan yang terbaik pada perlawanan tersebut.

"Saya yakin kami memulakan perlawanan dengan baik. Pasukan dapat mencipta beberapa peluang walaupun ianya tidak banyak dan secara keseluruhan saya rasa dalam 20 minit pertama kami menguasai permainan. Namun, kami memerlukan momentum yang baik untuk meraih kemenangan tetapi gol pertama Terengganu FC pastinya telah membunuh moral pasukan sedikit sebanyak.

Seluruh pasukan Selangor FC mengambil tanggungjawab di setiap peluang yang tidak digunakan dengan baik dalam perlawanan ini. Kita tidak memanfaatkannya untuk mendapatkan kemenangan. Selain peluang, gol kedua Terengganu FC pastinya sesuatu yang saya yakin bukan penalti. Memandangkan saya memikul tugas menjelaskan apa yang terjadi dengan kekalahan pada malam semalam, saya percaya individu yang bertanggungjawab itu juga perlu menerangkan sesuatu kepada kami dengan keputusan yang diambil olehnya," kata Michael.

Michael juga mengatakan pasukan mahukan kemenangan berterusan akan tetapi dalam kehidupan terutamanya ada turun naiknya. Saya yakin pasukan berada dalam keadaan yang baik sebelum perlawanan semalam tetapi kita perlu menerima apa yang terjadi hari ini untuk bangkit. 

Bagi kami (pasukan Selangor FC) pada masa ini kami gagal dan berasa sangat kecewa tetapi saya tegaskan kepada pemain, sekarang ini terpulang kita sendiri untuk mempercayai diri sendiri dan pasukan sebelum perlawanan seterusnya. Jika kita berusaha pastinya matahari akan bersinar semula.

Selangor FC berharap pasukan dapat bangkit semula untuk perlawanan terakhir saingan Liga Super untuk bulan April ini pada minggu hadapan. Teruskan perjuangan Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!